top of page

Kunjung Hormat YWP ke Pejabat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

  • 13 hours ago
  • 1 min read
20 Februari 2026 – Kunjungan Hormat Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) kepada YB Menteri Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) betempat di Aras 10, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Delegasi YWP diketuai oleh Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP. Pertemuan ini dimulakan dengan ucapan aluan YB Menteri serta sesi perkenalan pegawai, diikuti ucapan Ketua Pegawai Eksekutif YWP dan pembentangan mengenai peranan, inisiatif serta hala tuju strategik YWP. Perbincangan turut memberi fokus kepada potensi kerjasama strategik yang boleh diusahakan dalam memperkasa agenda kebajikan, pendidikan dan kesejahteraan ummah, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI, Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tuan Ahmad Saparuddin bin Yusup, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM. Semua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuh sinergi antara agensi bagi memastikan pelaksanaan program yang lebih tersusun, berimpak tinggi dan menyeluruh kepada masyarakat.
Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi manfaat warga Wilayah Persekutuan serta memperkukuh usaha pembangunan sosial yang inklusif dan mampan.
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page