top of page

Kunjungan Hormat Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan

  • 13 hours ago
  • 1 min read

4 Februari 2026 | Biro Pendidikan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sebagai langkah memperkukuh agenda pembangunan pendidikan anak-anak Wilayah.
Delegasi yang hadir terdiri dari 11 orang Pengerusi Biro Pendidikan setiap cabang, diketuai Pengerusinya, Puan Zaleha bt Dullah, Pengerusi Biro Pendidikan MPN WP.
Perbincangan memberi fokus kepada kerjasama strategik bagi mengenal pasti penerima manfaat melibatkan bantuan akademik subjek wajib lulus SPM, tuisyen 3M, sokongan murid tercicir, Bantuan Awal ke IPT, Seminar Halatuju lepasan SPM serta promosi TVET. Program pendidikan kesihatan seperti Kesihatan Mental dan Kesedaran Kanser Serviks untuk pelajar wanita Tingkatan 4 dan 5 turut dibincangkan.
Yayasan Wilayah Persekutuan dan Biro Pendidikan MPN PKR Wilayah Persekutuan mengalu-alukan sokongan individu dan syarikat korporat yang prihatin untuk bersama-sama melabur dalam masa depan pendidikan warga Wilayah Persekutuan yang lebih inklusif dan berdaya saing.
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page