top of page

Kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji

  • May 6
  • 1 min read

Kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji membuka lembaran kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan komuniti dan kesejahteraan sosial, khususnya buat pelajar serta masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Perbincangan YWP bersama Jabatan Syariah TH memberi penekanan kepada usaha memperkukuh ummah melalui inisiatif berimpak tinggi, berteraskan nilai CSR yang mampu memberi manfaat meluas di peringkat nasional.

Delegasi YWP diketuai oleh Datin Ts. Dr. Ida Harlina Ikhwan Nasir, bersama Siti Nadiah Mohd Ariff serta pegawai berkaitan.

Manakala, Pihak Lembaga Tabung Haji diketuai oleh Tuan Haji Ekma Faroza bin Kamarudin yang berkongsi pandangan dalam memperluas jaringan kerjasama strategik.

Semoga sinergi ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi kesejahteraan ummah.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page