Kunjungan Hormat KEMAS Wilayah Persekutuan ke YWP
- Yayasan Wilayah Persekutuan
- Jul 4
- 1 min read

11 Jun 2025 | Kunjungan Hormat KEMAS Wilayah Persekutuan ke YWP
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan KEMAS Wilayah Persekutuan di Wisma YWP hari ini yang diketuai oleh Pengarahnya iaitu Y.Brs Tuan Azlan bin Mohamed.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan strategik mengenai kerjasama dalam pembangunan komuniti, pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak, serta inisiatif sosial yang memberi impak terus kepada masyarakat Wilayah Persekutuan.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diperkukuh demi kesejahteraan rakyat dan komuniti bandar yang lebih inklusif serta progresif.
Comments