KUNJUNGAN HORMAT KLICC & PERSATUAN PEMBANGUNAN KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR KE YWP

KUALA LUMPUR, 26 OGOS 2026 — Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kuala Lumpur International Chamber of Commerce (KLICC) dan Persatuan Pembangunan Kampung Bharu Kuala Lumpur yang diketuai oleh Hj. Nur Dzulfarhan bin Hj. Idris, Director of International Corporate Relation, KLICC.
Kunjungan tersebut telah disambut oleh Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.
Pertemuan ini menjadi platform untuk bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkukuh pembangunan serta kesejahteraan masyarakat, khususnya di Kampung Bharu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
YWP menghargai kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak dapat terus diperkukuh demi manfaat masyarakat.











































Comments