Kunjungan Hormat Perbadanan Labuan ke Yayasan Wilayah Persekutuan



28 Januari 2025 - Yayasan Wilayah Persekutuan telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Labuan. Delegasi diketuai oleh YBrs. Tn. Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, bersama En. Shahrullizam bin Sapar, Ketua Unit Penyelarasan, Pemantauan & Penilaian Impak.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, bersama-sama barisan pengurusan tertinggi yayasan.
Perbincangan bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua organisasi serta meneroka peluang kerjasama yang berpotensi memberi impak positif kepada pembangunan wilayah.
Semoga hubungan ini terus kukuh demi kesejahteraan masyarakat di Labuan!
Comentários