top of page

KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN KE EXIM BANK



13 November 2024 Rabu, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan kunjungan hormat ke EXIM Bank Malaysia. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama dalam menyediakan pendanaan bagi Pusat Pemerkasaan Pendidikan dan Komuniti (PREPKOM).


PREPKOM ini bertujuan untuk memperkasakan pembangunan ekonomi dan sosial komuniti di Wilayah Persekutuan melalui pelbagai inisiatif dan program bermanfaat.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi YWP, Datuk Seri Mahadi Che Ngah serta Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, Dr. Abdul Basir V. Kunhimohamed dan pengurusan tertinggi.


Pertemuan ini juga membuka ruang untuk YWP dan EXIM Bank meneroka peluang strategik bagi memperkukuhkan pembangunan sejajar dengan wawasan bersama untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page