top of page

Kunjungan Hormat YWP ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


3.6.2025 | Delegasi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Dr. Abdul Basir, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baharu, YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan.


Sesi ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua organisasi, sebagai tanda sokongan dan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik antara YWP dan JAWI.


Antara perkara yang dibincangkan termasuk inisiatif pelaksanaan program bersama di 10 Pusat Pemerkasaan Pendidikan & Komuniti (PREPKOM) yang terletak di kawasan PPR/PA. Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti kelas pengajian al-Quran, program dakwah, pembangunan insan, kebajikan komuniti, sambutan hari kebesaran Islam, serta program advokasi dan penguatkuasaan Syariah.


Semoga hubungan erat ini terus terjalin demi memperkasa pembangunan sahsiah dan kesejahteraan umat Islam di Wilayah Persekutuan.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page