top of page

KUNJUNGAN HORMAT YWP KE PEJABAT TANAH DAN GALIAN WILAYAH PERSEKUTUAN




23 Januari 2025 (Khamis) - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan.

Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama strategik antara YWP dan Pejabat Tanah dan Galian dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan komuniti dan inisiatif kelestarian yang dapat membawa manfaat besar kepada masyarakat di Wilayah Persekutuan.

Turut hadir delegasi YWP, YBhg. Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed – Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, YBhg. Datin Ts. Dr. Ida Harlina Binti Ikhwan Nasir – Pengurus Kanan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik dan IT YWP, Pn. Norezaty Syuhada Binti Jamil – Pengurus Projek Khas YWP serta kakitangan berkaitan.

Manakala, pihak Pejabat Tanah dan Galian yang diketuai oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan- YBhg. Datin Paduka Rahilah Binti Rahmat serta Tuan Abd. Rashid Bin Ghazali – Ketua Penolong Pegawai Tanah.

Diharapkan pertemuan ini dapat memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dan melahirkan inisiatif berimpak tinggi untuk komuniti Wilayah Persekutuan.

 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page