top of page

Kunjungan hormat YWP ke YADIM

  • 10 hours ago
  • 1 min read

20 April 2026 (Isnin) - PERBINCANGAN LANJUTAN KERJASAMA STRATEGIK YWP & YADIM

Alhamdulillah, satu sesi perbincangan lanjutan telah berlangsung bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Sesi ini dipengerusikan oleh Pengarah YADIM Kuala Lumpur & Putrajaya Puan Siti Zaiton binti Bachok bersama barisan pegawai YADIM serta delegasi YWP yang diketuai oleh Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed - Ketua Pegawai Eksekutif YWP, YBhg. Datin Ts. Dr. Ida Harlina binti Ikhwan Nasir Pengurus Kanan Jabatan Perhubungan Korporat serta pegawai-pegawai kanan YWP.

Perbincangan ini memberi fokus kepada pengukuhan pelaksanaan program komuniti, khususnya dalam aspek dakwah, pendidikan dan kesejahteraan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi kesejahteraan ummah dan pembangunan komuniti yang lebih holistik

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page