top of page

Kunjungan YB. Menteri Wilayah Persekutuan dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ke YWP


7 September 2021, Kuala Lumpur - Menteri Wilayah Persekutuan, YB. Dato' Seri Dr Shahidan Kassim bersama YB. Datuk Seri Jalaluddin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan telah menghadiri sesi taklimat yang dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Y.Bhg. Datuk Zaizalnizam Zainun.


YB Menteri Wilayah Persekutuan selaku Pengerusi YWP berpuas hati dengan penerangan yang telah diberikan berkaitan latarbelakang dan khidmat kebajikan YWP selama ini yang meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Beliau turut berbincang untuk menambah baik inisiatif-inisiatif di YWP yang berteraskan 5 bidang utama iaitu Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi.


Sesi taklimat pada hari ini diakhiri dengan amanat oleh Y.B. Menteri Wilayah Persekutuan agar YWP terus tampil kehadapan dengan memberikan sepenuh komitmen di saat rakyat memerlukan pertolongan dan berharap YWP akan sentiasa mara dan menggandakan bilangan penerima bantuan-bantuan YWP.


 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page