top of page

Kunjungan Ziarah kasih MADANI bersama YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah







22 November 2024 - Kunjungan Ziarah kasih MADANI bersama YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak di beberapa buah rumah di sekitar kawasan Bandar Tun Razak.

Turut hadir sama, Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP, Pn Rohani binti Hussin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP serta Datin Ts. Dr. Ida Harlina Ikhwan Nasir, Pengurus Kanan YWP.

Lawatan YWP bersama YB Dato’ Seri Wan Azizah ke rumah Encik Zakaria bin Abd Aziz yang lebih dikenali sebagai Pak Ya di Kampung Malaysia Tambahan yang telah menjalani pembedahan dibahagian perut yang kini sedang berehat. Selepas itu, ke rumah Puan Nur Hidayah binti Nor Azmin di Lorong Makmur pesakit kencing manis yang telah menjalani pembedahan di bahagian kaki sehingga kehilangan jari-jari kaki beliau dan kemudian ke rumah Puan Munah binti Hitam di Jalan Mewah merupakan seorang warga emas yang telah uzur.

Semoga sumbangan dan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Semoga Allah memberkati segala usaha kita dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Aaminn YRA.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page