Satu lagi inisiatif buat warga Wilayah. Majlis perasmian oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (WIlayah Persekutuan) petang tadi menyaksikan penyatuan pelbagai agensi dan usahawan di bawah satu bumbung demi memberi manfaat terus kepada rakyat.
Majlis perasmian ini turut diserikan dengan kehadiran YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Senator Dr. Zulkifli Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, dan YBhg. Dato’ TPr. Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan.
Comments