top of page

MAJLIS HARI BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YWP & SESI LAPOR DIRI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BAHARU

10 Julai 2025 (Khamis) | Wisma YWP, Kuala Lumpur Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan Majlis Hari Bersama Ketua Pegawai Eksekutif & Sesi Lapor Diri bersempena pelantikan YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YWP yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai 2025. Ketibaan Dr. Abdul Basir ke Pejabat YWP telah disambut mesra oleh barisan pengurusan kanan YWP.


Beliau turut diiringi oleh pegawai-pegawai ke mesin perakam kehadiran sebagai simbolik permulaan rasmi tugas beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi pertemuan bersama seluruh warga YWP dan anak syarikat dalam suasana penuh muhibah dan profesional.


Dalam amanat pertamanya, Dr. Abdul Basir menekankan beberapa perkara utama: “Kejayaan sesebuah organisasi bukan hanya bergantung kepada seorang ketua, tetapi bergantung kepada kekuatan dan kesepaduan seluruh pasukan. Saya menaruh sepenuh keyakinan kepada komitmen dan profesionalisme semua warga kerja YWP yang berwibawa, cekap dan berdedikasi.”


Selaras dengan aspirasi Jabatan Wilayah Persekutuan dan panduan YB Menteri, beliau menggariskan budaya kerja H.A.R.M.O.N.I (Hormat, Adil, Responsif, Mampan, Orientasi Rakyat, Nilai Empati dan Integriti) sebagai asas kepada sistem kerja yang akan digembleng bersama. Tumpuan juga akan diberikan kepada: Pelaksanaan inisiatif kebajikan yang lebih bersasar, Pemerkasaan program pendidikan yang mampu mengubah masa depan, * Pemberdayaan komuniti secara inklusif, khususnya melibatkan golongan muda dan kumpulan rentan.


Majlis turut disusuli dengan sesi suai kenal bersama seluruh kakitangan YWP dan wakil anak syarikat, bagi membina hubungan kerja yang lebih erat dan selaras. Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan dan perjalanan kepimpinan Dr. Abdul Basir dalam menerajui YWP ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang. Insya-Allah.


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page