Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah Residensi Kecapi
- 9 hours ago
- 1 min read

Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah Residensi Kecapi antara Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP) dan Sentul Raya Sdn. Bhd. telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2026 di Wisma YWP, Kuala Lumpur.
Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Y.Bhg. Dato’ Hamidah Binti Maktar, Pengarah Eksekutif YTL Land & Development Berhad, Y.Bhg. Datuk Rasdi Ramli, Pengarah YTL Management, serta Y.Brs. Dr Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed, Pengarah Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan. Turut hadir ialah En. Kamaruzzaman Mustafa, Pengurus Kanan SPWP, bersama barisan pengurusan kanan kedua-dua syarikat.
Kerjasama strategik ini merupakan satu langkah penting dalam membantu merealisasikan impian pemilikan rumah khususnya kepada penduduk asal Kg. Railway Sentul melalui inisiatif pembiayaan sewa beli yang dilaksanakan oleh SPWP. Sebanyak 46 keluarga telah dikenalpasti untuk menerima manfaat daripada usaha ini.
Semoga jalinan kerjasama ini terus membawa kejayaan, keberkatan serta manfaat berpanjangan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan Wilayah Persekutuan.










































Comments