Majlis Pelancaran Program Teduhan Insani - MAIWP, YWP & SPWP
- Yayasan Wilayah Persekutuan

- 2 days ago
- 1 min read

KUALA LUMPUR, 4 November 2025 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus komited memperkasa kesejahteraan komuniti bandar melalui kerjasama strategik bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam pelaksanaan Program Teduhan Insani MADANI MAIWP.
Program ini bertujuan membantu golongan asnaf memiliki kediaman sendiri di Wilayah Persekutuan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI berteraskan ihsan, kesejahteraan dan keadilan sosial.
Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Pantai Dalam.
Pelaksanaan inisiatif ini melibatkan YWP melalui anak syarikatnya, Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP) sebagai rakan pelaksana utama dalam penyediaan dan pengurusan pembiayaan perumahan kepada penerima manfaat.
Turut hadir, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman Bin Syed Kabeer, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam Bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Dr. Abdul Basir Bin V. Kunhimohamed.













































Comments