top of page

Majlis Penutup Kem Motivasi Siri 4 bagi Pelajar Sekolah Rendah di Lembah Pangsun Eco Resort



15 Disember 2024 - YBhg. Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Timbalan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan, hari ini merasmikan Majlis Penutup Kem Motivasi Siri 4 bagi Pelajar Sekolah Rendah di Lembah Pangsun Eco Resort.

Program ini dianjurkan bersama oleh Yayasan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai usaha untuk membentuk jati diri serta memupuk nilai-nilai positif dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Majlis penutup tersebut turut dihadiri oleh Ahmad Ibnu Sina bin Termizi, Timbalan Pengarah Kanan; YBhg. Datin Ts Dr Ida Harlina Binti Ikhwan Nasir, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan Komuniti, Komunikasi Strategik & IT Yayasan Wilayah Persekutuan; serta Pengarah Urusan Falcon Kingdom Academy.

Kem ini melibatkan pelajar sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6, diadakan di Lembah Pangsun Eco Resort, dan berjaya menarik penyertaan lebih 80 pelajar dari sekitar Wilayah Persekutuan.

Tahniah diucapkan kepada semua adik-adik yang telah mengikuti siri bimbingan motivasi selama tiga hari dua malam sejak 13 Disember 2024, yang berakhir pada hari ini. Program seumpama ini dilaksanakan khusus untuk warga Kuala Lumpur bagi membentuk generasi pelapis yang bijak, berdaya tahan, serta mempunyai nilai-nilai kepimpinan, walaupun sejak dari kecil.

Yayasan Wilayah Persekutuan percaya bahawa pendidikan, sama ada secara formal atau tidak formal, adalah salah satu teras utama dalam pembinaan sebuah masyarakat Madani yang adil dan saksama.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page