Majlis Penutupan Perasmian Program Pembinaan Karakter Generasi Madani anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan


6 Oktober 2024 | Ahad
Photon Valley Eco Resort, Hulu Langat
Hari ini YBhg. Dr Basir bin V. Kunhimohamed, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif YWP telah merasmikan Majlis Penutupan Program Pembinaan Karakter Generasi Madani anjuran Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama bersama DBKL dan Kem Wirajaya Cikgu Malek.
Penganjuran program yang diadakan selama tiga hari bermula 4 Oktober sehingga 6 Oktober 2024, khusus untuk pelajar Tingkatan 4 yang mendapat tajaan dari Yayasan Wilayah Persekutuan.
Turut hadir bersama ialah Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan Komuniti & Kesejahteraan Bandar DBKL En Mohd Naim dan En Malek dari Wirajaya.
Semoga setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Wilayah Persekutuan akan sentiasa dipermudahkan untuk membina masa depan anak-anak yang merupakan aset buat negara.
Comments