top of page

MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL IPTA & IPTS (KUMPULAN 11/2025) DAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN, YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

  • Feb 27
  • 1 min read

19 Disember 2025 | Wisma YWP, MAJLIS PENYAMPAIAN CEK SKIM BANTUAN AWAL IPTA & IPTS (KUMPULAN 11/2025) DAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN, YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN Kuala Lumpur, 22 Disember 2025 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Skim Bantuan Awal ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk kali yang ke 11 bagi tahun 2025 dan Bantuan Skim Prihatin bagi bulan November 2025.
Penyerahan bantuan tunai sebanyak RM700 ini diberi kepada 61 orang pelajar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta melalui Skim Bantuan Awal ke IPT Yayasan Wilayah Persekutuan. Skim ini bertujuan membantu pelajar-pelajar daripada keluarga B40 membuat persediaan awal untuk memulakan pengajian di menara gading. Di majlis yang sama, YWP menyerahkan Bantuan Skim Khairat Kematian kepada 5 orang waris yang mendapat RM1000 setiap orang. Bantuan keseluruhan bernilai RM47,700 itu disampaikan oleh Y.Brs. Dr Abdul Basir V. Kunhimohamed. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan di Wisma YWP.
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page