MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Feb 27
1 min read
18 Disember 2025 - MESYUARAT AGUNG TAHUNAN AGM YWP (Bil. 35/2025)
Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bil. 35/2025 yang melibatkan Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) YWP bagi memenuhi keperluan statutori Yayasan.
Mesyuarat ini telah membincangkan dan seterusnya menerima pakai Penyata Kewangan Beraudit YWP bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berserta Laporan Pengarah dan Laporan Juruaudit, selaras dengan kehendak Akta Syarikat 2016.
Selain itu, mesyuarat turut mengambil maklum pematuhan di bawah Seksyen 205 Akta Syarikat 2016, serta membincangkan dan meluluskan pelantikan Juruaudit bagi tahun kewangan seterusnya.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri TPr. Mahadi bin Che Ngah - Timbalan Pengerusi YWP serta YBhg Dr. Abdul Basir B. V.kunhimohamed - Ketua Pegawai Eksekutif YWP dan dihadiri oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP secara bersemuka dan dalam talian, iaitu:
YB Ir. Ts. Tuan Zahir bin Hassan,
YBhg. Kolonel Datuk Hj. Mohd. Ajib bin Ismail,
YBhg. Datuk Mohd. Nizam bin Yahya,
YBhg. Datuk Hj. Zamri bin Salleh,
YBrs. Tuan Muhamad Mustafa bin Ghazanfar,
YBrs. Tuan Mohamad Raimi bin Ab Rahim,
YBrs. Puan Hajjah Rohani binti Hussin, dan
YBrs. Tuan Muhammad Khairil Khalid.
Mesyuarat telah berjalan dengan teratur serta mematuhi sepenuhnya keperluan perundangan dan prinsip tadbir urus yang ditetapkan.
Comments