top of page

Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan Bil 2/2026

  • 14 hours ago
  • 1 min read

14 Februari 2026 – Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan Bil 2/2026 & Sesi Induksi telah dipengerusikan oleh YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.
Mesyuarat ini tertumpu kepada hala tuju strategik serta perancangan YWP bagi tahun 2026, dengan penekanan untuk fokus kepada kerja² kebajikan dan pendidikan serta pengurusan organisasi yang lebih efisyen; melalui tadbir urus korporat yang lebih telus, berintegriti dan bertanggungjawab.
Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain (Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan), YBhg. Datuk Seri TPr. Fadlun bin Mak Ujud, (Datuk Bandar Kuala Lumpur), Y.Bhg. Datin Paduka Rahilah binti Rahmat (Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) serta barisan pengurusan tertinggi daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan YWP.
Semua yang hadir memberi komitmen dan kesediaan untuk menyumbang kepakaran bagi memperkukuh peranan YWP menaiktaraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan (WP).
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page