top of page

Yayasan Wilayah Persekutuan terlibat dalam membantu pengurusan Rumah Prihatin


12 September 2021, Kuala Lumpur - Rumah Prihatin pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat buat kali ke-2. Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengurus-Pengurus khidmat Rumah Prihatin.


Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Pengasas Rumah Prihatin, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa berkata, didapati telah banyak sumbangan khidmat bakti yang dilaksanakan oleh Rumah Prihatin sebagai NGO walaupun belum sampai 2 bulan beroperasi. Sehingga kini hampir 100,000 orang telah menerima manfaat yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas, ibu / bapa tunggal, frontliners, gelandangan, belia, golongan kelainan upaya dan mereka yang memerlukan bantuan.


"Kami turut menyemak semula tahap perkhidmatan, tenaga kerja, polisi dan kaedah penyampaian sumbangan agar ia dapat di sampaikan kepada golongan sasar yang kurang berkemampuan dengan penuh amanah".


"Terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, agensi-agensi kerajaan, sektor korporat, badan kebajikan, NGO-NGO serta individu yang prihatin". "Harapan saya, semua pihak terutama belia, artis dan media dapat bersama-sama dalam menyebarluaskan semua manfaat dan perkhidmatan yang terdapat di Rumah Prihatin ini,"katanya lagi.


"Yayasan Wilayah Persekutuan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kami juga komited melaksanakan amanah ini di mana-mana sahaja termasuk di Rumah Prihatin," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Ybhg. Datuk Zaizalnizam Zainun.






Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page