Mesyuarat bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL
- 9 hours ago
- 1 min read

23 Mac 2026 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah menghadiri mesyuarat bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur serta NGO Pertubuhan Kebajikan Demi Pertiwi Kuala Lumpur bagi membincangkan penganjuran Program Suara Madani yang akan berlangsung pada bulan Julai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Program ini merupakan anjuran bersama Pertubuhan Kebajikan Demi Pertiwi Kuala Lumpur dengan kerjasama IPK Kuala Lumpur dan YWP, melibatkan penyelarasan aspek keselamatan, logistik serta pengisian program bagi memastikan kelancaran pelaksanaan.
Diharapkan kerjasama erat antara semua pihak ini dapat menjayakan program yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh semangat perpaduan.










































Comments