Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Tatakelola Yayasan Wilayah Persekutuan (JATK)
- 2 days ago
- 1 min read
5 Ogos 2026 | Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Tatakelola Yayasan Wilayah Persekutuan (JATK)

Jawatankuasa Audit dan Tatakelola Yayasan Wilayah Persekutuan (JATK) telah mengadakan mesyuarat bagi meneliti serta memantau pelaksanaan audit, pematuhan dan aspek tatakelola yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan serta pihak-pihak berkaitan.
Mesyuarat ini bertujuan memastikan setiap urusan pentadbiran, pengurusan kewangan dan pelaksanaan program Yayasan Wilayah Persekutuan dilaksanakan selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik, telus dan berintegriti.
Usaha berterusan ini mencerminkan komitmen Yayasan Wilayah Persekutuan dalam memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap kecekapan, akauntabiliti dan amanah warga kerjanya dalam mengurus serta membelanjakan dana yang diterima secara berhemah. Komitmen ini juga sejajar dengan matlamat yayasan untuk terus meningkatkan taraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan yang memerlukan.
Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Tatakelola ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Hamidah Binti Naziadin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan, dan turut dihadiri oleh YM Raja Noorma Binti Raja Othman, Timbalan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.











































Comments