top of page

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Skim Perkhidmatan & Pembangunan Kompetensi (JPPK) YWP


Wisma YWP, 8 September - Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Skim Perkhidmatan & Pembangunan Kompetensi (JPPK) YWP telah dilaksanakan buat pertama kali di Pejabat Yayasan Wilayah Persekutuan dan mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj. Zamri @ Fazillah Salleh.

Turut hadir 4 orang lagi ahli jawatankuasa seperti JPPK iaitu YBrs. Encik Mohd Mustafa bin Ghazanfar, YBrs. Dr. Zaharudin bin Othman, YBrs. Encik Muhd Ramizu bin Abdul Wahab. Dan seramai 4 orang kakitangan YWP yang terdiri daripada Tn Hj Abdul Rahman Siraj, Pengarah Eksekutif YWP, Tn Hj Mohd Fadzil Abdul Hamid, Ketua Pegawai Undang-undang YWP dan Encik Zaidi bin Yusof, Pengurus Jabatan Sumber Manusia, Operasi, Intergriti dan Tadbir Urus Korporat.




Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah seperti berkaitan Gratuiti Perkhidmatan, Gantian Cuti Rehat, Faedah/ Elaun Kenderaan, Rasionalisasi dan Pengesahan Skim Penggajian.


Jawatankuasa ini ditubuhkan selaras keperluan Tatakelola Kewangan dan Operasi yang diwajibkan di bawah pimpinan YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi di Yayasan Wilayah Persekutuan.


Semoga Yayasan Wilayah Persekutuan terus cemerlang membantu warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang dhaif dan memerlukan.

コメント


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page