11 Februari 2026 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengadakan satu mesyuarat strategik bagi membincangkan hal-hal berbangkit berkaitan pembangunan komuniti serta pengurusan aset-aset di bawah DBKL.
Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan, memperkemas tadbir urus serta memastikan setiap inisiatif yang dirancang benar-benar memberi impak kepada masyarakat.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ismadi Bin Syakirin, Pengarah Eksekutif DBKL Bahagian Sosioekonomi, dan dihadiri oleh lebih 20 pegawai di kedua-dua belah pihak.Sesi ini berlangsung dalam suasana profesional dan konstruktif, dengan pelbagai pandangan serta cadangan strategik dikemukakan demi mempertingkat keberkesanan pelaksanaan program di lapangan.
Hasil perbincangan, semua pihak telah mencapai kata sepakat untuk memastikan setiap usaha dan kerjasama strategik yang digerakkan akan memberi faedah dan kebaikan kepada warga Wilayah Persekutuan, khususnya golongan yang memerlukan.Komitmen bersama ini mencerminkan iltizam YWP dan DBKL untuk terus berganding bahu memperkukuh kesejahteraan komuniti bandar secara mampan dan inklusif.
Comments