top of page

MOU Pengurusan Mayat bukan Muslim bersama Persatuan Kebajikan Er Ge Feng & Song Da Feng




MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PENGURUSAN MAYAT BUKAN MUSLIM MELALUI SKIM PRIHATIN YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN ER GE FENG DAN SONG DA FENG SELANGOR DAN KUALA LUMPUR.


Kuala Lumpur, 17 Januari 2024 (Rabu) – Yayasan Wilayah Persekutuan hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Pengurusan Mayat Bukan Islam Melalui Skim Prihatin bersama Persatuan Kebajikan Er Ge Feng dan Song Da Feng Selangor dan Kuala Lumpur. Majlis telah diadakan di Wisma YWP dan merupakan inisiatif bersama untuk memberikan rangka kerjasama dan kolaborasi yang dapat memberi impak yang positif kepada warga Wilayah Persekutuan.


Memorandum ini ditandatangani oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Siraj, Pengarah Eksekutif YWP bersama YBhg. Dato Sri Yong Mun Tong, Pengarah Eksekutif, Persatuan Kebajikan Er Ge Feng Dan Song Da Feng Selangor dan Kuala Lumpur.


Majlis menandatangani memorandum ini turut disaksikan oleh YBhg. Tuan Haji Gulam Muszaffar Bin Hj. Gulam Mustakim, YBhg. Puan. Rohani Binti Hussin, YBhg. Dr. Abdul Basir Bin. V. Kunhimohamed , Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, YBrs. Tuan Haji Mohd Fadzil Bin Ab Hamid, Ketua Pegawai Undang-Undang YWP dan juga deligasi Persatuan Kebajikan Er Ge Feng Dan Song Da Feng Selangor dan Kuala Lumpur.


Melalui MoU ini dapat memberikan ruang yang lebih baik dalam merangka inisiatif yang lebih besar bagi membantu menampung kos pengurusan mayat yang tinggi dalam kalangan bukan muslim khususnya di Wilayah Persekutuan. Diharap melalui MoU ini juga dapat memberikan lebih fokus dan ruang untuk mengadakan program dan aktiviti berkaitan keagamaan khususnya dalam kalangan bukan muslim dan meningkatkan kepelbagaian idea demi menaiktaraf kehidupan warga Wilayah Persekutuan.


コメント


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page