top of page

Penerima Biasiswa YWP bakal bergelar Doktor Veterinar


Serdang, 19 Oktober 2023 – Timbalan Pengurus Besar Jabatan Komuniti, Komunikasi Strategik & IT YWP, YBhg. Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir (kiri) menyampaikan cek biasiswa kepada salah seorang pelajar Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Vishanalee a/p Rajasekaran (kanan) pada Majlis Penyampaian Cek Skim Biasiswa Pengajian Tinggi YWP di Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia semalam.


Turut hadir Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dato’ Dr. Mohd. Azmi Lila (tengah).


Vishanalee a/p Rajasekaran merupakan penerima biasiswa pengajian tinggi dari Yayasan Wilayah Persekutuan dari tahun 2019 hingga 2024.


Beliau bakal bergelar Doktor selepas setahun menamatkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.


Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya kepada adik Vishanalee!


Belajar terus belajar!


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page