top of page

Penyerahan Cek Skim Prihatin Yayasan Wilayah Persekutuan pada 26 Jun 2024




26 Jun 2024, Rabu – Penyerahan Cek Skim Khairat Prihatin Yayasan Wilayah Persekutuan

Pada hari ini, YBhg. Tuan Mohamad Raimi Bin Ab Rahim , Ahli Lembaga Pemegang Amanah menyampaikan Cek Skim Khairat Prihatin kepada 5 orang waris bertempat di Wisma YWP, Bilik Mesyuarat Aras 2.

Skim Prihatin Yayasan Wilayah Persekutuan merupakan antara beberapa program atau satu inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan dan sokongan kepada keluarga yang memerlukan di Wilayah Persekutuan. Skim ini direka khusus untuk membantu meringankan beban keluarga yang mengalami kesusahan akibat kematian ahli keluarga terdekat.





Antara Objektif Skim Khairat Prihatin Ialah.

1. Bantuan Kewangan: Menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga bagi menguruskan kos pengebumian dan perbelanjaan berkaitan.

2. Sokongan Komuniti: Memberikan sokongan moral dan emosional kepada keluarga yang ditimpa musibah.

3. Kesejahteraan Masyarakat: Memastikan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat Wilayah Persekutuan sentiasa terjaga melalui bantuan yang diberikan.

Turut hadir, Y.Bhg Datin Dr. Ida Harlina Bt Ikhwan Nasir; Pengurus Kanan YWP dan kakitangan berkaitan YWP.

Semoga dengan bantuan kewangan yang disalurkan diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga yang sedang berdepan dengan kehilangan orang tersayang, terutama dalam menguruskan kos pengebumian dan perbelanjaan lain yang berkaitan.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page