PENYERAHAN SUMBANGAN “DIALOG BERSAMA USAHAWAN MIKRO 2023” TIKTOK SHOP DAN YWP
Kuala Lumpur, 15 November 2024 – TikTok Shop, dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan, telah menyampaikan bantuan tunai kepada 30 individu dari golongan B40 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumbangan ini merupakan lanjutan daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah dijalankan pada 21 Disember 2023 yang lepas. Bertujuan memperkasakan ekonomi digital golongan B40 melalui platform TikTok.
Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) serta Astro Awani.
Penyerahan sumbangan diberikan oleh, YBrsTuan Haji Mohd Fadzil B. Ab Hamid, Ketua Pegawai Undang-Undang Ketua Pegawai Undang-undang YWP dan kakitangan berkaitan. Manakala, Wakil tiktok pula, YBrs Puan Nurul Azeera binti Azlan Long, Pengurus Kanan Perhubungan Strategik dan kakitangan berkaitan.
YWP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan yang padu dari semua pihak.
Semoga usaha ini dapat diteruskan dan berkembang untuk memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat pada masa hadapan.
Comments