PERJUMPAAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BERSAMA WARGA YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN (YWP)
Feb 27
1 min read
KUALA LUMPUR, 13 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) telah mengadakan sesi pertemuan antara Ketua Pegawai Eksekutif bersama para pegawai dan kakitangan di Ruang Temu, Wisma YWP hari ini. Program ini bertujuan memperkukuh komunikasi organisasi dan memastikan setiap warga kerja selari dengan visi jabatan.
Dalam sesi tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif menekankan kepentingan amalan integriti dan kerjasama berpasukan sebagai teras pelaksanaan amanah. Sesi dialog terbuka yang dijalankan turut menjadi medium penting dalam menyelaraskan gerak kerja serta meningkatkan motivasi kakitangan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan profesional.
Diharapkan pertemuan ini menjadi pemangkin kepada transformasi prestasi kerja dan pengukuhan solidariti warga YWP demi mencapai kecemerlangan organisasi yang mampan.
Comments