PERJUMPAAN STRATEGIK BERSAMA PENGARAH ICU JPM WP
- Jul 28
- 1 min read

9 Julai 2026, Kuala Lumpur - Satu kunjungan hormat dan sesi perbincangan strategik telah diadakan antara Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan pihak ICU JPM WP bagi meneroka potensi kerjasama dalam memperkukuh agenda pembangunan komuniti di Wilayah Persekutuan bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perbincangan merangkumi sesi perkenalan kedua-dua pihak, ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YWP, pembentangan mengenai latar belakang, pencapaian serta kepakaran YWP dalam melaksanakan program pembangunan komuniti, diikuti dengan perbincangan mengenai ruang kerjasama strategik yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi demi kesejahteraan dan pembangunan komuniti Wilayah Persekutuan.











































Comments