top of page

PREPKOM, pelajar UIAM jalin kerjasama


Penubuhan Pusat Pemerkasaan Pendidikan Dan Komuniti (PREPKOM) dibawah inisiatif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) yang terletak di 10 lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur merupakan suatu kemudahan yang membawa banyak manfaat kepada komuniti setempat.


Kewujudannya bukan sahaja dapat membantu kerajaan menangani gejala sosial terutama dalam kalangan remaja bahkan memudahkan komuniti setempat melaksanakan pelbagai aktiviti berkumpulan antaranya kelas tuisyen, mesyuarat kejiranan serta program kerjasama badan bukan kerajaan (NGO).


Terbaharu, seramai 24 pelajar Ijazah Sarjana Muda UndangUndang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengadakan Program Math Camp bersama 35 pelajar sekolah rendah di PPR Kampung Baru Air Panas, Setapak, baru-baru ini.


Menurut Eksekutif Kanan PREPKOM YWP, Mohd Farhan Azhari, ia merupakan inisiatif terbaik yang dilakukan pelajar UIA dan YWP bakal mengadakan kerjasama dengan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memperbanyakkan program di PREPKOM.


“Ini adalah program pembelajaran yang bermanfaat untuk anak-anak di PPR yang dipenuhi pelbagai pengisian ilmiah antaranya kaedah atau cara untuk memahami dan mengulangkaji subjek-subjek yang dipelajari di sekolah.


“Dalam masa yang sama, YWP melalui PREPKOM juga sentiasa terbuka untuk turut bekerjasama dengan mana-mana IPT yang ingin melakukan program bersama komuniti di PPR,” katanya kepada WilayahKu.


Sementara itu, Pengarah Projek Program Math Camp, Muhammad Firdaus Ahmad Mokhlis, berkata para pelajar diberi perkongsian tentang teknik pembelajaran dan penguasaan subjek matematik.


“Pelajar diuji tahap penguasaan matematik seperti tambah, tolak, darab dan operasi gabungan melalui tiga stesen dalam ‘Sports Mathematic Games’ yang mana di setiap stesen tersebut memerlukan mereka menjawab setiap soalan yang diberi sambil bermain.


Terdahulu, Program Math Camp anjuran pelajar UIAM ini merupakan salah satu aktiviti jalinan masyarakat bagi memenuhi keperluan tugasan akademik menerusi subjek Usrah In Action 1.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page