top of page

Program Bijak Bestari Kampung Bharu: Komitmen TH dalam Pendidikan Asnaf bersama YWP




2.12.2024 - Program Bijak Bestari Kampung Bharu: Komitmen TH dalam Pendidikan Asnaf bersama YWP

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan Program Bijak Bestari Kampung Bharu, satu inisiatif pendidikan untuk pelajar asnaf dan keluarga kurang berkemampuan. Lembaga Tabung Haji (TH) telah menyumbang hampir RM160,000 dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar melalui Program Bijak Bestari Kampung Bharu. Program ini melibatkan 50 pelajar sekolah rendah dan 50 pelajar sekolah menengah dari golongan asnaf dalam aktiviti seperti kelas tuisyen, kem motivasi, dan bengkel pembelajaran bertujuan menangani keciciran pendidikan.

Majlis pelancaran program telah dirasmikan oleh YB Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, disertai Pengarah Urusan Kumpulan TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman.

Antara pengisian program:

- Seminar akademik bertumpu pada Sains, Teknologi Robotik, dan Keusahawanan.

- Teknik menjawab peperiksaan SPM.

- Perancangan kerjaya & prospek TVET/IPTA/IPTS.

- Aktiviti luar yang memupuk nilai murni dan pembangunan kendiri.

Program ini berlangsung dari 5 Oktober hingga 14 Disember 2024, dengan harapan menyokong pembangunan pendidikan komuniti luar bandar, memperkasakan pelajar, dan mendekatkan jurang sosioekonomi antara bandar dan luar bandar.


Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page