top of page

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERUMAHAN AWAM BUKIT KIARA



Pada 24 November 2024, satu program gotong-royong telah berjaya diadakan di Perumahan Awam Bukit Kiara, melibatkan pelbagai pihak twrmasuk pejabat Ahli Parlimen Segambut, DBKL Segambut, Persatuan Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara, Alam Flora, Sime Darby dan komuniti setempat.


Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan sesi bersarapan dan perbincangan ringkas sebelum semua peserta bergerak ke tapak. Pelbagai tugas pembersihan telah dijalankan, termasuk:

 1. Memotong rumput

 2. Menyapu dan membuang sampah

 3. Mengutip sampah

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat:

 PCSG

 • Pickers (100 unit), sarung tangan (150 pasang), lori besar, chainsaw, wheelbarrow, pencakar, beg sampah kuning, dan makanan untuk 150 orang.

 Alam Flora

 • Tong RORO (2 unit), pemotong rumput, beg sampah, 10 orang pekerja, dan water jet.

 Sime Darby - Jendela

 • JCB untuk membersihkan kawasan semak di belakang Blok J & K, serta kerja-kerja konkrit di kawasan tersebut.

Program ini merupakan usaha bersama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selesa, dan harmoni. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga serta sokongan. Semoga semangat kebersamaan ini terus dikekalkan!


Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page