top of page

Program Latihan Kerjaya Hospitaliti YWP

2 Feb 2023 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bagi 'Program Latihan Kerjaya Hospitaliti YWP' bersama Universiti Putra Malaysia Education Training (UPM-ET) dan DHS Hospitality Academy


Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi 'Program Latihan Kerjaya Hospitaliti YWP' bersama Universiti Putra Malaysia Education Training (UPM-ET) dan DHS Hospitality Academy.

Majlis menandatangani dan pertukaran memorandum tersebut berlangsung di Menara Wisma YWP, Kampung Baru dengan melibatkan Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun bersama Pengarah Kumpulan DHS Hospitality Academy, Dr S Sri Kumar sambil disaksikan Pengurus Besar UPM Education and Training Sdn Bhd, Dr Mohd Kamil Yusoff.


Program ini menyasarkan seramai 2,000 terdiri daripada warga belia, gelandangan, ibu tunggal, individu kurang upaya, warga emas dan mereka yang mempunyai kesalahan kecil dengan undang-undang termasuk golongan tercicir di Wilayah Persekutuan berpeluang mendapatkan sijil, latihan industri dan penempatah kerja melalui program ini.


Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun mengulas program ini bertujuan memberi persedian kepada pelajar dalam industri Hospitaliti dan sektor penerbangan-operasi darat di mana peserta akan diberi tempoh latihan selama setahun dan didedahkan dengan pengalaman kerja sebenar yang diyakni lebih efektif, realistik dan praktikal.


Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada penduduk di Wilayah Persekutuan mendpaatkan pekerjaan dalam industri Hospitaliti dan sektor penerbangan-operasi darat di samping mengurangkan pengajian pekerja asing dalam kedua-dua industri tersebut.


Bagi memulakan program ini, peserta hanya perlu membayar yuran komitmen sebanyak RM100 dan pihak YWP akan memberikan bantuan awal sebanyak RM500 secara one-off bergantung kepada kelayakan bagi menjelaskan yuran pendaftaran program.


Sumber : WilayahKu

Opmerkingen


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page