top of page

PROGRAM PEMANTAPAN SOLAT & KLINIK AL-FATIHAH PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR BERTEMPAT DI MASJID MUADZ




26 Jun 2024, Kuala Lumpur – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menganjurkan program bersama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (LKPIM), Jabatan Pendidikan WPKL dan Masjid Muadz Bin Jabal Kuala Lumpur di Masjid Muadz.

Program ini memberi impak positif kepada pembangunan komuniti anak-anak wilayah Persekutuan khusunya pelajar sekolah. Antara pengisian program terbahagi kepada dua sesi iaitu:




1. Sesi Pertama Seminar Pemantapan Solat disampaikan oleh Prof Dr. Hasnan Bin Kasan. Melalui sesi ini, Pelajar dapat mengukuhkan peribadi dan sahsiah murid dan meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab pelajar untuk menunaikan solat dan mengenal penciptaNya.

2. Manakala, Sesi Kedua pula Klinik Al-Fatihah, disampaikan oleh YBhg. Puan Sri Hjh Hanifat Binti Haji harun. Melalui sesi ini, pelajar akan diajar tentang hukum bacaan Al-Fatihah dan pelajar juga diperdengarkan bacaan Al-Fatihah sebelum diarah untuk mengikut setiap bacaan dengan memastikan tiada percanggahan bacaan atau kesalahan yang jelas.



Turut hadir, Y.Bhg Datin Dr. Ida Harlina Bt Ikhwan Nasir; Pengurus Kanan YWP, Puan Sri Hjh Hanifat binti Hj Harun, Pengerusi LKPIM WPKL dan rakan strategik YWP.



Diharap program seperti ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada pelajar. Semoga dengan usaha ini juga, anak-anak dapat memenuhi ilmu pengetahuan mereka berkaitan ibadah solat dan bacaan Surah Al-Fatihah dengan baik.

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page