PROGRAM PENDIGITALAN PENJAJA & PENIAGA KECIL WILAYAH PERSEKUTUAN
5.12.2024 - Program ICP ( Industrial Collaboration Programme ) ini adalah kerjasama diantara MRCB BUILDERS, TDA, YWP dan Indyworks Sdn Bhd di dalam membantu golongan usahawan mikro dan nano menjalankan aktiviti perniagaan dalan norma baharu pasca covid-19 dan meningkatkan daya saing mereka dalam era digital.
Kerjasama yang dimulakan sejak tahun 2022 ini telah berjaya memperkasakan usahawan mikro, merapatkan jurang digital, membangunkan tenaga kerja digital dan kelestarian perniagaan. YWP sebagai penyelaras projek ini merasa bangga kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak kerajaan melalui anak syarikat kementerian kewangan( TDA) dan pihak MRCB Builders sendiri sebagai pembiaya projek di atas.
YWP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sehingga projek ini berjaya disiapkan mengikut garis panduan ketat yang telah ditetapkan.
YWP berharap agar lebih ramai penyertaan dari syarikat-syarikat korporat mahupun dari agensi-agensi kerajaan menjadikan YWP sebagai rakan strategik di dalam membangunkan warga wilayah khususnya khususnya bidang keusahawanan.
Comments