top of page

SARINGAN KANSER SERVIKS PERCUMA UNTUK GOLONGAN WANITA DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

  • 3 days ago
  • 1 min read
Kampung Baru, 27 JAN. – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah memperkenalkan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita dengan menggunakan akronim WcaRe sejak tahun 2022 bagi mempromosikan program saringan awal kanser yang merangkumi Program Saringan Kanser Serviks (Ujian HPV DNA) dan juga Program Subsidi Mamogram. Di bawah kempen WCaRe ini, dianggarkan seramai 8,500 orang wanita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mendapat manfaat perkhidmatan berkenaan pada tahun ini.
 “ Wilayah Persekutuan Kita” sekali lagi diangkat menjadi tema Hari Wilayah pada tahun ini menekankan tanggungjawab bersama untuk mencintai, memelihara, dan memajukan Wilayah Persekutuan sebagai milik bersama demi kesejahteraan dan kemakmuran semua penduduk. Tema ini juga merangkumi penjagaan kesihatan dan kesejahteraan khususnya pada hari ini, kepada semua kaum wanita di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur” kata YBrs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan ketika merasmikan Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks 2026 , di sini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui LPPKN sememangnya memandang serius mengenai isu kesihatan serviks. Dengan kemajuan teknologi yang berkembang pesat, kebanyakan wanita yang dikesan menghidapi penyakit kanser serviks pada peringkat awal masih boleh dirawat dan diselamatkan. Pengesanan jangkita HPV melalui ujian Liquid Base Cytology (LBC) serta ujian HPV DNA adalah lebih mudah, lebih berkualiti dan lebih berkesan dalam membantu meningkatkan kadar pengesanan sel pra-kanser serviks. Klinik Nur Sejahtera LPPKN bersama-sama klinik NCSM turut menyediakan perkhidmatan saringan HPV DNA percuma, di mana wanita boleh melakukan persampelan sendiri.
Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan YBrs. Dr. Zuhrah Musa, Pengarah LPPKN Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page