top of page

Seminar Pendidikan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024



Putrajaya -18 Julai 2024, Seminar Pendidikan Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024 yang memfokuskan mata pelajaran Matematik.


Seminar ini bertujuan untuk:

1. Memperbaharui pendekatan pengajaran matematik melalui kaedah pengajaran inovatif yang sesuai dengan perkembangan teknologi dan keperluan pendidikan.

2. Meningkatkan kefahaman dengan memberikan latihan dalam konsep matematik yang kompleks dengan cara penyampaian yang lebih berkesan.

3. Mencetus minat pelajar terhadap Matematik melalui pendekatan yang lebih menarik dan interaktif.


Antara pengisian program ialah, sesi ceramah dan penerangan oleh pakar matematik tempatan dari Mindapp dan E-tuition mengenai kaedah pengajaran terbaik dan aplikasi matematik dalam bentuk digital.


Seterusnya, Fun game with Perkeso juga terlibat sama dengan permainan yang mencabar dan menguji kemahiran Matematik mereka dalam suasana yang menyeronokkan.


Seminar ini, dianjurkan bersama MindAppz, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan harapan dapat meningkatkan kualiti pendidikan Matematik di Wilayah Persekutuan Putrajaya melalui pendekatan yang lebih moden dan berkesan.

 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page