Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
- Feb 27
- 1 min read

17 Disember 2025 - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa atas kepimpinan serta komitmen beliau dalam menyokong pembangunan dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan, sepanjang memegang amanah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.
Sebagai Pengerusi YWP, YB Datuk Seri telah memainkan peranan utama dalam memimpin yayasan yang bertindak sebagai badan pembangunan sosial dan kebajikan untuk warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, dengan fokus pada kluster Pendidikan, Ekonomi, Sosial, Agama dan Teknologi (P.E.S.A.T). Objektif utamanya adalah menaiktaraf taraf hidup golongan berpendapatan rendah dan memerlukan.
Lantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah serta kepimpinan strategik yang kuat bagi membawa yayasan bergerak secara lebih dinamik selaras aspirasi Malaysia MADANI juga telah memberi impak yang besar dalam urusan tatakelola dan integriti YWP.
Jalinan kerjasama dan strategic alignment antara YWP, agensi kerajaan serta syarikat korporat, telah membawa manfaat yang besar kepada rakyat melalui program bersama dan penyelarasan dasar.
Kehadiran YB Datuk Seri dalam aktiviti rasmi yang mewakili YWP dalam pelbagai majlis, termasuk pertemuan bersama warga kerja yayasan dan komuniti, menunjukkan kepimpinan yang dekat dan mesra dengan pasukan serta penerima manfaat, amatlah dihargai.
Setulus penghargaan atas segala jasa YB Datuk Seri dalam usaha menaiktaraf kehidupan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.










































Comments