top of page

Shahidan, Jalaluddin mahu mantapkan peranan agensi di bawah kementeriannya

MENTERI Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) baru-baru ini.


Kehadiran kedua-dua ­pemimpin tersebut disambut Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun serta pegawai-pegawai kanan YWP.


Beliau meluangkan masa mendengar taklimat mengenai operasi di samping bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan peranan YWP.


Lawatan seterusnya ke PKB disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar, Pengerusi PKB, Datuk Effendi Zahari dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk TPr Lokman Omar.


Kedua-dua pemimpin itu kemudian mendengar taklimat mengenai organisasi PKB serta perancangan pembangunan Kampung Baru.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page