Sinergi Pembangunan Wilayah: YWP dan JWP Perkasa Agenda Sosioekonomi Warga Kota
- Feb 27
- 1 min read

PUTRAJAYA, 13 Januari 2026 – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menerusi satu sesi perbincangan peringkat tinggi yang diadakan bagi menyelaras hala tuju pembangunan sosial di ibu kota, hari ini.
Pertemuan penting tersebut melibatkan YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, bersama Y.Brs. Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed, Ketua Pegawai Eksekutif YWP.
Sesi perbincangan ini berfungsi sebagai platform utama bagi kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta maklumat terperinci mengenai pelaksanaan program-program sedia ada. Fokus utama diberikan kepada keberkesanan inisiatif yang melibatkan aspek pembangunan sosial dan pemerkasaan sosioekonomi di seluruh Wilayah Persekutuan.
Turut hadir memberikan input dalam sesi tersebut ialah:
YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Sosioekonomi) JWP.
Encik Mohd Sharif bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosioekonomi JWP.










































Comments