SMK TAMAN MALURI | BETTER SPM, BRIGHTER FUTURE
Oct 7
1 min read

23 September 2026 | SMK Taman Maluri
Sorotan lensa sekitar lawatan pemantauan Program Tuisyen Akademi SPM, hasil kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di SMK Taman Maluri.
Sesi pembelajaran berlangsung dengan lancar dengan komitmen yang baik daripada para pelajar dan guru bagi membantu meningkatkan persediaan menghadapi peperiksaan SPM.
Program ini memberi fokus kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah, merangkumi bimbingan akademik serta persediaan menjawab soalan peperiksaan.
Semoga setiap usaha dan ilmu yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kejayaan para pelajar. Ayuh skor SPM!
Better SPM, Brighter Future.











































Comments