top of page

SPWP bantu pemilik kenal pasti kaedah selesai tunggakan

Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP) yang merupakan anak ­syarikat milik penuh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) mengambil pendekatan turun padang ­berjumpa pembeli di bawah Skim Pembiayaan Perumahan SPWP yang berdepan ­dengan masalah tunggakan pembayaran.



Perjumpaan tersebut ­merupakan ­projek ­rintis ­bertujuan ­membantu pemilik rumah menyelesaikan ­bayaran tertunggak melalui ­beberapa kaedah ­tertentu selain menjelaskan isu berkaitan ­perumahan yang kurang difahami oleh pembeli.


Bagi menangani ­permasalah ­tersebut, pihak SPWP akan ­melaksanakan sistem penjadualan semula di mana kesemua ­pemilik rumah berkenaan ­dikehendaki melunaskan pembayaran mengikut jumlah ­tunggakan sedia ada ­berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.


Projek ini merupakan inisiatif yang terakhir dari SPWP sebelum tindakan undang-undang dilaksanakan.

 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page