Sumbangan wang tunai kepada 20 pelajar tercicir

29 Ogos 2024 - Program Jejak Kasih Madani
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP, Dr. Abdul Basir bin V. Kunhimohamed menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 20 pelajar terpilih menerusi Program Jejak Kasih MADANI Daerah Bangsar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bangsar.
Ini merupakan program kedua selepas pertama kali diadakan di daerah Pudu dan mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) bagi merealisasikan program ini.
Sumbangan wang tunai yang diberikan kepada pelajar-pelajar yang berisiko tercicir dan telah dikenal pasti oleh JPWPKL dan YWP.
Diharapkan sumbangan sedikit sebanyak dapat membantu pelajar terus bersemangat dan bermotivasi untuk hadir ke sekolah.
Comments