top of page

TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM BANTUAN MAKANAN UNTUK 84 SEKOLAH MENENGAH DI KUALA LUMPUR

  • 8 minutes ago
  • 1 min read

11 Ogos 2026 – Seramai 200 peserta yang terdiri daripada guru penyelaras dan pengusaha kantin dari 84 buah sekolah menengah di Kuala Lumpur telah menghadiri Taklimat Pelaksanaan Program Bantuan Makanan.



Taklimat yang berlangsung di Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) ini memberi penerangan kepada para peserta mengenai tanggungjawab dalam memastikan penyediaan makanan yang bersih, sihat dan selamat kepada para pelajar di sekolah masing-masing.



Taklimat ini turut memberi panduan kepada pihak sekolah dan pengusaha kantin mengenai aspek-aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan serta penyediaan makanan, termasuk perkongsian tip bagi mencapai tahap cemerlang dalam aspek pemantauan dan penggredan kantin serta dapur sekolah.



Program Bantuan Makanan ini memberi manfaat kepada pelajar sekolah menengah daripada golongan B40 beragama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan senarai yang disediakan oleh JPWPKL. Pelaksanaan program ini dibiayai melalui dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).



Program ini merupakan hasil kerjasama antara Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam usaha membantu pelajar sekolah menengah daripada keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Kerjasama ini mencerminkan keprihatinan semua pihak dalam memastikan kebajikan serta keperluan pemakanan pelajar yang memerlukan terus diberi perhatian, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan kondusif.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my

bottom of page