top of page

“Terima kasih Tan Sri Annuar Musa” - Amaris

PELAKON Putra Amaris,35, meluahkan rasa kagumnya terhadap usaha Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa kerana mencetuskan idea menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang berkonsepkan hotel kebajikan.


Bagi Amaris, ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.


“Terima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa dan pasukan Rumah Prihatin kerana sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat khususnya warga Wilayah Persekutuan yang terkesan dengan COVID-19.


“Sejujurnya saya kagum dengan usaha ini dan berasakan Rumah Prihatin satu program yang luar biasa dan tiada di tempat lain.


“Hotel kebajikan ini menyediakan pelbagai khidmat dalam meringankan beban fizikal dan mental rakyat.


“Komponen-komponen bawah Rumah Prihatin iaitu Khidmat Vaksinasi Prihatin, Food Bank Prihatin, Pusat Gerakan Jejak Prihatin, Bilik Penginapan Prihatin, Dapur Prihatin dan Khidmat Kesihatan Mental Prihatin. Kesemua komponen ini membantu masyarakat secara keseluruhan,” jelas Amaris yang sempat menyertai Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo) mengagihkan makanan kepada para petugas di Pusat Pemberian Vaksin di PPR Perkasa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Amaris yang pernah berkunjung ke Rumah Prihatin ini juga berharap pihak lain mencontohi usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan.


“Kita semua tahu, Rumah Prihatin mengutamakan kebajikan rakyat. Jadi, ia wajar dicontohi oleh pihak-pihak lain.


“Dengan adanya hotel kebajikan ini, masyarakat berasakan diri mereka tidak terabai sebaliknya terus diberikan perhatian,” ujarnya lagi.


Amaris juga tertarik dengan Pusat Gerakan Jejak Prihatin yang merupakan salah satu komponen bawah Rumah Prihatin.


“Apa yang saya faham, Pusat Gerakan Jejak Prihatin digerakkan oleh Sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo) dan NGO-NGO untuk turun padang, menjejak dan menyantuni rakyat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.


“Mereka akan mengumpul maklumat aduan dan menyampaikan buah tangan daripada Tan Sri Annuar Musa kepada golongan yang memerlukan berdasarkan data yang diterima,” tambahnya lagi.

Sebelum ini Amaris juga terlibat dalam banyak kerja amal dengan kerjasama pelbagai pihak dalam membantu mengurangkan beban rakyat dengan slogan Sama-Sama Kenyang.


Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page