top of page

Tiada aktiviti penjualan di Pasar Borong Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Tiada aktiviti penjualan membabitkan warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur, dekat Selayang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berkata warga asing di kawasan berkenaan hanya menjalankan aktiviti pemunggahan bekalan asas dan tidak melakukan penjualan.



“Di lokasi berkenaan memang banyak warga asing yang kebanyakannya menjadi pekerja pasar borong di situ dan disebabkan itu kawalan ketat dilakukan pihak berkuasa termasuk DBKL.


“DBKL menjalankan operasi di situ setiap hari dan setakat ini tiada jual-beli yang berlangsung, kecuali aktiviti pemunggahan barangan seperti sayur-sayuran,” katanya kepada BH.


Jurucakap DBKL menjelaskan, warga asing berkenaan dibenarkan bekerja kerana ia membabitkan perniagaan penting dalam tempoh PKP ini.


“Mereka yang melakukan jual beli akan dikenakan tindakan serta-merta,” katanya.


Sebelum ini, terdapat dakwaan, lokasi itu kembali aktif membabitkan warga asing yang mengabaikan syarat penguatkuasaan PKP.


Mereka dikatakan mengambil kesempatan menguasai tempat itu kerana sepanjang tempoh PKP bermula sejak 18 Mac lalu, peniaga pasar malam dan pasar pagi tidak dibenarkan beroperasi.

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic
bottom of page