“Tidak rugi beri perhatian kepada orang tidak bernasib baik”

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa mengajak masyarakat ibu kota agar sentiasa bertimbang rasa dan mengambil perhatian antara satu sama lain tanpa mengira sama ada seseorang itu miskin atau kaya.

Beliau mengingatkan agar usaha menyediakan kemudahan rumah baharu kepada penghuni rumah panjang Bukit Kiara yang sudah menghuni di situ selama 38 tahun tidak dipolitikkan.

“Kita mesti memikirkan kepentingan semua orang, kepentingan orang kecil pun kena fikir, kita mungkin duduk di rumah banglo besar, jangan kita lupa orang yang duduk di rumah kayu rumah pangjang 38 tahun.

“Kalau pun kita duduk di kawasan orang kaya, jangan kita lupa orang miskin. Kalau kita jadi orang kuat jadi orang berkuasa jangan kita lupa orang yang lemah,” ujarnya dalam sesi Live di laman Facebooknya.

Annuar menekankan bahawa Wilayah Persekutuan ini bukan milik orang tertentu sahaja sebaliknya ia juga milik semua warganya.

“Hendaklah kita bertimbang rasa kalau ada yang kecil mana sekali pun, mungkin dia seorang gelandangan atau penghuni rumah panjang, kita sebagai warga Wilayah Persekutuan mesti sentiasa cakna dan ambil berat antara satu sama lain.

“Tidak salah dan tidak rugi untuk memberi perhatian kepada orang yang tidak bernasib baik, orang lemah dan tidak ada kuasa tapi mereka mengharapkan kita semua mempunyai, di sudut hati ada bertimbang rasa,” katanya. – WILAYAHKU

Featured Posts
Recent Posts
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic
  • Twitter Classic
  • Google Classic

YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Wisma YWP, No. 134, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu, 50300 Kuala Lumpur

Tel : +603 2698 3073 / 2073 | Faks :+603 2698 3075 | WhatsApp : +6019-3483073

Email: info@yayasanwp.org.my

www.yayasanwp.org.my